Ketika aku pulang dari kedai bersama adikku kelihatan dua gadis berjalan di hadapan kami. Kedua gadis itu bergelak ketawa dan kelihatan "rugged" dengan pakaian yang menjadi trend anak muda masa kini. Di sebelah kanan jalan pula terdapat sekumpulan pemuda yang sedang duduk sambil berbual-bual kosong. Semasa gadis-gadis tadi melintasi mereka, mulalah pemuda-pemuda tadi bermadah pujangga dengan kata-kata manis berbaur usikan manja diselangi dengan lagu-lagu cinta.
Kedua-dua gadis itu membalas, "Oi, sedarlah sikit! Duduk tersadai di tepi jalan macam muka tembok, ada hati nak mengorat orang." Cebik salah seorang gadis itu.
Barangkali kerana rasa geram dan tercabar, salah seorang daripada pemuda tersebut bingkas bangun dan membidas,"Oi, makwe...tolong sikit. Kami tak inginlah. Janganlah mudah perasan. Kami nak cari bunga dalam balang kaca, dalam kedai punya. bukan macam lu, bersepah tepi jalan."
Kedua gadis itu senyap dengan muka masam. Aku berdebar kerana aku dan adikku terpaksa melintasi mereka juga. Sebaik sahaja aku melintasi mereka, terdengar suara mendendangkan alunan nasyid memuji ALLAH.
Kedengaran pula suara berkata, " weih, pandai kau tukar channel. Sejak bila kau belajar nasyid?
"Ish, tak nampak ke siapa yang lalu hadapan kita ni? Inilah dikatakan bunga dalam balang kaca. terpelihara dan mahal. Bukan macam tadi tu. Assalamualaikum kak?" katanya.
Aku tunduk malu. dalam hati tak berhenti-henti berdoa supaya Allah pelihara aku dari diganggui. Sampai di rumah, aku mula berfikir. Memang benar janji ALLAH bahawa menutup aurat dapat membezakan antara yang mukmin dan bukan mukmin. Rupanya manusia ini walu buruk manapun, fitrahnya tetap mahu yang baik.
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment