Thursday, 5 July 2012

TemAn peRjuanGan

TEMAN PERJUANGAN

Bila diingatkan mengenai teman-teman perjuangan dalam meniti usia remaja, terasa sebak mencengkam jiwaku. Terlalu banyak memori yang tersimpan. Terlalu banyak kenangan yang terlakar. Sungguh, waktu itu pasti takkan berulang kembali.
Kekadang pasti tertawa pabila memori dan kenangan itu bermain di mindaku. Simpulan hubungan itu tersimpul terlalu kuat. Manakan tidak, pelbagai karenah dan perwatakan masing-masing yang pelbagai, namun mampu bersatu pada satu titik pertemuan. 

Teman seperjuangan,
Adakah kamu semua masih terkenangkan daku seperti mana aku menngenangkan kamu.
Adakah kamu masih mengingatkan kembali kisah keazaman kita dalam mencorak masa depan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berbeza. Masa itu, kita saling melengkapi dan saling bertaut agar tiada yang keciciran tanpa melangkah.
Adakah masih terfikir di minda kamu semua tentang impian kita dalam membuka premis perniagaan. Masing-masing berebut untuk menjadi ‘cashier’. Angan-angan kita terlalu tinggi tapi tak mustahil untuk direalitikan.

Teman seperjuangan,
Kita semakin jauh,
Kita semakin terpisah,
Adakah kamu sedar sepertimana aku sedar…………………
Namun, aku masih berharap. Moga ukhuwah kita tak ketemu titik noktah yang terakhir. Moga Allah menyuburkan kembali ukhwah kita yang hampir layu menyembah tanah.

ukhuwah itu indah bilamana berlandaskan kasih sayang Allah....(^_^)